Apple Mula Menjual Penyesuai USB-C Digital AV Multiport Yang Menyokong 4K 60Hz -Berharga RM319

USB-C Digital AV Multiport adalah penyesuai untuk pengguna MacBook dan iPad Pro (2018). Penyesuai ini mempunyai port USB-C, HDMI dan juga USB-A. Hari ini, Apple telah mula menjual penyesuai ini dalam versi yang baru dan lebih baik.

Ia kini menyokong paparan 4K dengan resolusi 3840×2160 pada kadar segar semula 60Hz. Anatara peranti yang boleh memanfaatkan penyesuai ini adalah; iPad Pro 11″, iPad Pro 12.9″ (Generasi Ke-3), MacBook Pro (15″, 2017 dan ke atas), iMac (Retina 5K, 27″, 2017 dan ke atas), iMac (Retina 4K, 21.5″, 2017 dan ke atas), dan iMac Pro (2018).

Selain itu, ia turut menyokong paparan HD penuh pada kadar segar semula 60Hz atau UHD dengan resolusi 3840×2160 pada kadar 30Hz untuk; MacBook Pro (13″, 2016 dan ke atas), MacBook Pro (15″, 2016), iMac (bukan Retina, 21.5″, 2017), dan Mac mini (2018).

Harga jualan adalah RM319 sahaja dan ia boleh didapatkan di mana-mana kedai rasmi Apple atau laman web ramsi Apple sendiri.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.