Apple sedia mempunyai penawaran iPhone SE yang membolehkan pengguna untuk mendapatkan iPhone pada harga kompetitif, dan menikmati pelbagai penawaran menarik sebuah iPhone.

Versi paling terbaru telah diperkenalkan pada tahun 2020 lepas, dan dijual pada harga bermula RM1999.

Bergerak kehadapan, kini mengikut penganalisa popular, Ming-Chi Kuo, Apple dijangka memperkenalkan iPhone SE generasi baharu pada 2022 kelak.

Apple dijangka menyertakan sokongan rangkaian 5G pada iPhone SE akan datang, sekaligus membolehkan lebih ramai menikmati rangkaian 5G pada telefon pintar paling berharga mampu-milik dari Apple.

Ia diperkatakan penawaran iPhone SE baru kelak mungkin hadir dengan rekaan sama, tetapi hanya sekadar kemaskini cip pemprosesan, dan sokongan rangkaian 5G sahaja.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkaitan penawaran iPhone SE baharu ini.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.