Pada hari ini, kebanyakkan komputer riba hadir dengan binaan berasaskan aluminium untuk memberikan pengalaman premium. Beberapa pengeluar turut menggunakan binaan berasaskan plastik, selain turut menggunakan kemasan kulit dan sebagainya dalam memberikan keunikkan.

Terbaru, Apple dilihat telah menerima paten baharu, yang memperlihatkan mereka kelak akan hadir dengan peranti menggunakan binaan berasaskan Titanium. Untuk makluman, ini bukan kali pertama Apple melihat kepada penggunaannya. Sebelum ini, Apple pernah hadir dengan Powerbook G4 berasaskan binaan titanium pada 2001 yang lepas.

Seperti ramai sedia maklum, binaan berasaskan titanium akan menawarkan ketahanan yang lebih kukuh berbanding aluminium, selain peranti akhir yang sedikit lebih berat.

Apa pun, cabarannya adalah dalam membentuk, dan menawarkan kemasan astetik untuk penggunaannya. Untuk tujuan berkenaan, paten ini memperlihatkan ia akan melalui sejumlah langkah, termasuk proses anodisasi dalam mmenjayakannya.

Buat masa ini, ia sekadar pendaftaran paten sahaja. Sekiranya dikomersialkan, kelak mungkin kita akan melihatnya digunakan pada Macbook, iPhone, iPad dan sebagainya.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.