Apple Mungkin Menggunakan Nama iPhone 11 Pro Untuk Peranti Dengan Tri-Kamera

Ura-ura tentang penggunaan sistem tri-kamera pada iPhone 11 telah didengari sejak awal tahun ini. Apple tidak lagi boleh mengendahkan trend pasaran yang menggunakan kamera ultra-sudut lebar dan zum optikal yang memerlukan penggunaan sistem tri-kamera pada peranti. Terkini kedengaran ura-ura peranti dengan tri-kamera ini akan menggunakan nama iPhone 11 Pro.

Ini adalah menurut maklumat yang ditiriskan oleh akaun Twitter @coiiiiiiiin yang sebelum ini mempunyai rekod ramalan yang baik. Besar kemungkinan pada tahun ini iPhone 11R, iPhone 11 dan iPhone 11 Pro akan dilancarkan dengan peranti terakhir mengambil tempat iPhone XS Max.

Penjenamaan semula iPhone dengan skrin terbesar tidak akan mengejutkan kerana tahun lalu Max menggantikan penggunaan nama Plus yang diperkenalkan sejak iPhone 6. Jadi bagi mereka yang memerlukan sistem tri-kamera pada iPhone, anda hanya diberikan pilihan satu model sahaja iaitu iPhone 11 Pro tahun ini.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.