Kes saman melibatkan VirnetX dan Apple nampaknya belum berakhir walaupun tahun lalu Apple telah membayar $454 juta (~RM 1.95 bilion) kepada VirnetX atas kesalahan menggunakan teknologi yang dipatenkan tanpa kebenaran.

Kemudian pada November 2020, mahkamah mengarahkan bayaran tambahan $502 juta (~RM2.0 bilion) selepas mengambil kira bayaran royalti ke atas peranti-peranti Apple lain yang menggunakan teknologi VirnetX. Apple segera merayu supaya kes dibicarakan semula.

Tetapi seperti kes asal, mahkamah menolak rayuan supaya kes dibicarakan semula. Hakim menetapkan Apple perlu membayar $1.1 bilion (~RM4.44 bilion) selepas mengambil kira bayaran royalti untuk setiap unit yang menggunakan teknologi VirnetX dan faedah ke atas bayaran ganti rugi asal yang ditetapkan tahun lalu.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.