Apple Music Kini Diintegrasikan Dalam Aplikasi Shazam

Shazam adalah aplikasi pengecaman muzik. Ia agak terkenal, kerana mampu mengecam muzik yang sedang dimainkan dan terus memaparkan butiran seperti penyanyi, judul lagu dan album muzik tersebut. Shazam kemudiannya telah dibeli oleh Apple dan kini menjadi perkhidmatan percuma 100%. Walaupun aplikasi ini dimiliki oleh Apple, aplikasi yang diintegrasikan dalam Shazam hanyalah Spotify sahaja dan bukannya Apple Music.

Hanya baru-baru ini, aplikasi Shazam telah dikemaskini dengan sokongan integrasi Apple Music. Walau bagaimanapun, integrasi ini masih lagi dalam ujian beta jadi ada kemungkinan besar pelbagai pepijat akan muncul. Dengan integrasi Apple Music ini, semua muzik-muzik yang dicam oleh Shazam boleh terus dimainkan melalui Apple Music. Fungsi ini walau bagaimanapun, dilihat tiba untuk pengguna Android sahaja dan boleh terus dimuat turun di Play Store.

Muat Turun Shazam Untuk Android Di Play Store

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*