Apple Music Memperkenalkan Ciri Replay Yang Menyenaraikan Muzik Yang Paling Kerap Distrim Pengguna

Setiap perkhidmatan penstriman muzik menawarkan ciri unik untuk memastikan pengguna akan kekal menjadi pelanggan. Apple Music hari ini menawarkan ciri terbaru Replay yang akan menyenaraikan muzik yang paling kerap distrim pengguna sepanjang tahun. Ciri ini sama seperti Wrapped yang diberikan oleh Spotify setiap penghujung tahun.

Perbezaan Replay ialah senarai main yang dihasilkan secara automatik ini akan dikemaskini setiap hari Ahad. Oleh itu senarai lagu yang paling relevan setiap minggu akan dihasilkan. Senarai Replay kemudian bole dimuat turun untuk pendengaran luar talian atau dikongsi dengan rakan-rakan ke media sosial.

Replay boleh diakses menerusi aplikasi telefon pintar, aplikasi desktop dan juga pelayar web. Jika anda pelanggan Apple Music. Replay boleh diakses menerusi pautan di bawah.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.