Apple Music Untuk Android Kini Menawarkan Sokongan Penstriman Ke Chromecast

Apple Music merupakan salah satu perkhidmatan penstriman muzik yang popular – hanya dibelakang Spotify. Ia turut ditawarkan untuk platform Android, dan terbaru Apple telah mengemaskini aplikasi berkenaan dengan ciri yang dinantikan ramai sekian lama, iaitu sokongan Chromecast.

Ciri berkenaan telah diuji pada peringkat beta sejak beberapa bulan lepas, dan kini ia ditawarkan dalam bentuk stabil kepada semua pengguna seluruh dunia. Dengan sokongan Chromecast, pengguna boleh memainkan lagu daripada Apple Music ke peranti lain dengan mudah.

Bersama-sama dengan sokongan ini, Apple Music untuk Android turut menawarkan sokongan mod gelap yang dibawakan oleh Android 10.

Bagi anda yang menggunakan Apple Music, boleh mengemaskini aplikasi anda hari ini, dan menikmati ciri baru yang dibawakan ini.

Muat-Turun Apple Music untuk Android

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.