Apple Pencil 2 Tidak Menyokong Format Pengecasan Nirwayar Qi

Dengan Apple Pencil 2, masalah pengecasan yang kurang praktikal pada Apple Pencil diselesaikan. Pengguna tidak perlu menyambung hulu stylus ke dalam port pengecasan untuk mengecas atau memulakan tambatan. Sebaliknya Apple Pencil 2 hanya perlu dilekatkan kepada sisi iPad Pro 2018 bagi melakukan kedua-dua fungsi ini.

Apple PencilNamun sedikit mengecewakan stylus terbaru ini tidak boleh dicas menyokong format pengecasan nirwayar Qi. Sebaliknya sistem sendiri yang dibangunkan oleh Apple digunakan. Ini bermakna satu-satunya cara untuk mengecasnya ialah apabila ia disambung kepada iPad Pro.

Ini adalah mengecewakan kerana sekali lagi Apple Pencil 2 perlu bersambung kepada iPad untuk pengecasan dan tidak menggunakan format pengecasan nirwayar Qi yang kini sarwajagat.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.