Apple kini telah menambah ciri kemudahan untuk memindahkan gambar, video dan juga album dari iCloud Photos Library ke Google Photos dengan mudah. Apa pun, ciri ini masih terhad kepada beberapa buah negara sahaja, dan tidak disokong di Malaysia lagi buat masa ini.

Untuk menggunakannya, anda hanya perlu mendaftar masuk ke laman Apple Privacy, dan seterusnya memilih untuk memindahkan salinan data. Seterusnya, anda akan diminta untuk log masuk ke Google Account bagi memulakan proses pemindahan.

Apple mengatakan proses pemindahan akan mengambil masa antara tiga ke tujuh hari. Pada masa yang sama, Apple turut mengatakan beberapa format gambar iCloud Photos seperti “Smart Albums”, “Live Photos” dan sebagainya mungkin tidak ditawarkan di perkhidmatan lain.

Apple turut mengingatkan, melakukan pemindahan ini tidak akan membuang sebarang media dari iCloud Photos Library. Maka, dengan penawaran ini, anda sekaligus boleh melakukan salinan pendua kepada gambar dan video ke Google Photos dengan mudah.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengenalan ciri ini dengan meluas, termasuk untuk pengguna Malaysia.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.