Apple Perkenalkan CarKey – Kunci Digital Untuk Kenderaan Yang Disimpan Melalui iPhone

Apple hari ini telah mengumumkan ciri baru dinamakan CarKey. Melaluinya, seperti pada namanya, ia menawarkan ciri berupa sebuah kunci digital yang tersimpan pada iPhone anda, dan boleh digunakan untuk nyah-kunci dan memulakan kenderaan anda.

Apple CarKey

CarKey ini akan hadir pada iOS 14, dan menyusul ke iOS 13 selepas ini. Seperti dompet digital, kunci kenderaan akan disimpan pada aplikasi khusus, dan memudahkan anda mengaksesnya. Pengguna juga turut boleh berkongsi kunci sementara bersama rakan dan keluarga melalui CarKey.

Pemilik CarKey turut boleh menyediakan kawalan profil untuk pemandu yang berkongsi kenderaan berkenaan, selain pada masa yang sama nyah-aktifkan akses melalui iCloud sekiranya telefon hilang. Langkah pengenalan CarKey membolehkan pengguna hanya perlu membawa iPhone sahaja menggantikan dompet, kunci dan sebagainya.

Kenderaan pertama yang menyokong CarKey adalah BMW Siri-5 yang dijangka hadir pada Julai ini. Selain daripadanya, Apple turut dijangka memperkenalkan ciri ini bersama pengeluar kenderaan lain tidak lama lagi.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*