Apple Saman Balas Koss Berkenaan Paten Teknologi Fon Telinga Nirwayar

Koss menyaman Apple, Bose dan PEAG LLC (yang menghasilkan peralatan audio untuk Plantronics dan Skullcandy) kerana didakwa menggunakan teknologi fon telinga nirwayar yang dimiliki mereka, Koss menyaman bagi mendapatkan bayaran ganti rugi penggunaan 5 paten yang difailkan semasa melancarkan fon telinga Striva mereka.

Apple tidak mudah mahu mengaku kalah dan telah memfailkan saman balas ke atas Koss pada 8 Ogos lalu di California. Di dalam dokumen yang difailkan, Apple berkata dakwaan Koss adalah tidak berasas. Koss juga melanggar perjanjian yang ditandatangani kedua-dua syarikat pada tahun 2017 apabila melakukan pertemuan sebelum ini yang melarang dokumen perbincangan digunakan dalam kes mahkamah.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*