Apple Secara Rasmi Menghentikan Sokongan Baik Pulih Untuk iPhone 5

iPhone 5 dilancarkan pada tahun 2012 dan merupakan telefon pintar terakhir yang menerima sentuhan dari mendiang Steve Jobs. Selepas lebih setengah dekad, Apple kini secara rasmi menghentikan sokongan baik pulih untuk sebarang kerosakan yang berlaku ke atas peranti ini kecuali di Amerika Syarikat selepas ia disenaraikan sebagai peranti obsolete di laman rasmi. Ini adalah kerana Apple hanya menyokong peranti selama enam tahun atau lima tahun selepas ia kali terakhir dihasilkan.

iPhone 5 adalah peranti yang amat diminati pengguna kerana yang pertama hadir dengan nisbah skrin 16:9 dan penggunaan port Lightning. Sebelum itu kesemua iPhone menggunakan skrin bernisbah 3:2. Pada awalnya terdapat tentangan ke atas penggunaan skrin memanjang ini kerana dikatakan sukar untuk digunakan. Tetapi lama kelamaan ini menjadi saiz yang digunakan kesemua pengeluar.

Bagi pengguna iPhone 5, penyenaraian ini bermakna mencari alat ganti asli apabila berlaku kerosakan akan menjadi sedikit lebih sukar. Tetapi menakjubkan iPhone berusia enam tahun ini masih digunakan dengan meluas. Berapa ramaikah di kalangan pembaca Amanz yang masih menggunakan telefon pintar klasik ini?

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.