Apple Sedar Akan Isu #Chargegate – Tetapi Masih Tiada Solusi

#chargegate adalah isu terkini buat pengguna iPhone XS dan iPhone XS Max. Ia adalah isu pengecasan yang mana iPhone tersebut hanya boleh dicas jika skrin peranti hidup.

Disebabkan tiada maklum balas rasmi dari Apple yang membantu – Lew dari Unbox Therapy menerbit video bagi kemukakan isu ini. Kini, pengguna melaporkan – Apple sudah pun sedar akan isu #chargegate tetapi masih tiada solusi. Menurut gambar rakaman skrin yang dikongsi kepada Lew, Apple mencadangkan hidupkan skrin iPhone jika ingin mengecas peranti.

Apakah pendapat pembaca Amanz? Adakah patut Apple melambat-lambatkan solusi ini atau sebenarnya ‘taptowaketocharge’ adalah inovasi baru yang belum orang ramai sedar?

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.