TechSemut Malaysia

Apple Store Singapura Menunjukkan Petanda Semakin Hampir Dibuka

Apple Store Singapura Menunjukkan Petanda Semakin Hampir Dibuka

Apple Store Singapura Menunjukkan Petanda Semakin Hampir Dibuka
Mei 05
08:51 2017

Apple Store pertama di Asia Tenggara akan dibuka di Singapura. Ini kami laporkan pertama kali pada tahun 2015. Ia pada asalnya dijadualkan dibuka pada November tahun lalu tetapi gagal ditepati. Besi halangan yang dibina mengelilingi Apple Store yang dibina di Orchard Road kini sudah tidak lagi kelihatan. Bahagian hadapan bangunan kini dihiasi logo Apple Love Singapore dan Apple Orchard Road.

Selain daripada itu dua belas logo kecil yang memaparkan 12 individu warga Singapura turut menghiasi dinding bangunan ini. Ini pastinya petanda tarikh pembukaan Apple Store ini semakin hampir. Tidak mengejutkan sama sekali kedai rasmi Apple dibuka di Singapura. Peratusan pengguna iOS tertinggi di Asia Tenggara adalah di negara ini dan mereka adalah negara barisan pertama yang menerimanya sejurus selepas pelancaran.

Menarik sekali mengenai Apple Orchard Road ialah ia menggunakan sumber tenaga lestari sepenuhnya. Bagi peminat Apple, Apple Orchard Road pasti akan menjadi destinasi wajib dilawati sekiranya ke Singapura.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com