


Apple Tidak Lagi Menyertakan Penyesuai Kuasa USB Bersama-sama Apple Watch
neto September 16, 2020 0 Apple , Berita
Apple hari ini mengumumkan yang mana mereka tidak lagi kana menyertakan penyesuai kuasa USB bersama-sama dengan kotak Apple Watch baru. Hal ini dalam mengurangkan lagi pembaziran yang memberikan impak terhadap alam sekitar.
Ini bermakna, pembelian Apple Watch Series 6 dan Apple Watch SE tidak akan menyertakan penyesuai USB berkenaan.
Hal ini sekaligus memberikan petanda Apple mungkin melakukan perkara sama pada produk mereka yang lain.
Sebelum ini, pelbagai desas-desus telah hadir mengatakan Apple tidak akan menyertakan pengecas dan EarPod pada pembelian iPhone baru.
Sumber : amanz.my