Apple Turut Melancarkan GPU Luaran – Hasil Kerjasama Dengan Blackmagic Design

Semalam Apple telah mengemaskini siri komputer riba mereka MacBook Pro dengan janaan pemproses yang lebih pantas. Bersama-sama dengan pelancaran MacBook Pro ini, Apple turut melancarkan eGPU baru yang dikuasakan  dengan Radeon Pro 580.

eGPU adalah GPU luaran yang perlu disambung melalui port USB-C Thunderrbolt 3. Untuk GPU luaran yang Apple lancarkan ini, mereka bekerjasama dengan Blackmagic Design. GPU luaran Apple ini, mempunyai vRAM sebanyak 8GB – sekaligus menjadikan MacBook Pro 15-inci 2.8 kali ganda laju dan lapan kali ganda bagi MacBook 13-inci.

GPU luaran Apple ini mempunyai 2x port Thunderbolt 3, 4x USB-A 3.0 dan juga 2x port HDMI. Ia turut menyokong sambungan paparan skrin sehingga 5K resolusi. Dengan GPU luaran ini ia akan memudahkan lagi pengguna untuk membuat kerja-kerja penyuntingan atau juga memudahkan para pembangun untuk membangun perisian atau permainan video realiti maya.

Sayang sekali, GPU luaran ini tidak begitu mudah untuk dinaik taraf. Ia dijual pada harga bermula hanya $699 (~RM2824).

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.