Apple TV+ Kini Boleh Diakses Para Pengguna Malaysia – Perkhidmatan Penstriman Video Daripada Apple

Apple hari ini telah pun melancarkan perkhidmatan penstriman video terbaru daripada mereka, iaitu Apple TV+.

Apple TV+ menawarkan sejumlah kandungan asli terbitan eksklusif untuk platform berkenaan. Apple menawarkan ia pada harga langganan RM19.90 sebulan, atau pada harga langganan tahunan RM199.90 setahun.

Apple TV Plus

Antara siri-TV dan rancangan yang ditawarkan adalah termasuk “See”, “The Morning Show”, “For All Mankind”, dan sejumlah siri-siri dan dokumentari melaluinya.

Bagi anda yang berminat, boleh mengakses perkhidmatan ini menggunakan peranti Apple anda seperti iPhone, iPad, Apple TV dan Mac, atau turut mengakses ia melalui pelayar web pada laman tv.apple.com.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.