TechSemut Malaysia

Apple tvOS 12 Menyokong Dolby Atmos Dan Sistem Log Masuk Zero Sign-On

Apple tvOS 12 Menyokong Dolby Atmos Dan Sistem Log Masuk Zero Sign-On

Apple tvOS 12 Menyokong Dolby Atmos Dan Sistem Log Masuk Zero Sign-On
Jun 05
01:10 2018

Selain kemaskini sistem operasi iOS, watchOS dan macOS, sistem operasi tvOS untuk Apple TV turut tidak dilupakan. Dengan tvOS 12, pengguna Apple TV 4K dan Apple TV generasi ke-empat akan menerima sokongan Dolby Atmos untuk kemampuan audio yang setanding dengan panggung wayang. Ini sekaligus menjadikan Apple TV 4K peranti penstriman pertama yang menerima pensijilan untuk Dolby Vision dan Dolby Atmos.

Di Amerika Syarikat  Sepanyol dan Perancis, Apple TV boleh digunakan sebagai ganti kotak atas TV untuk menikmati kandungan TV kabel berbayar. Dengan pengenalan sistem zero sign-on, kandungan kabel berbayar milik pengguna akan dilog masuk secara automatik di Apple TV. Tiada lagi perlu memasukkan kata laluan secara manual apabila menggunakan aplikasi Apple TV yang berkongsi akaun dengan aplikasi yang sama di iOS. Di Amerika Syarikat, Sepanyol dan Perancis, Apple TV boleh digunakan sebagai ganti kotak atas TV untuk menikmati kandungan TV kabel berbayar.

Menerusi tvOS juga akhirnya alat kawalan jauh Apple TV Remote boleh diakses terus dari Control Center iPhone dan iPad. Ini jauh lebih mudah berbanding keperluan memuat turun aplikasi berasingan seperti ini.

Akhir sekali beberapa video latar Aerials dari angkasa lepas ditawarkan kepada pengguna. Kesemua gambar latar belakang interaktif ini diambil oleh angkasawan dengan kerjasama NASA.Dengan sekali tap pada alat kawalan Apple TV, maklumat lokasi Aerials diambil juga akan dipaparkan pada skrin.

Kemaskini ke tvOS akan ditawarkan secara percuma kepada pengguna Apple TV 4K dan Apple TV generasi ke-empat pada musim luruh iaitu sekitar September.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

<

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com