Apple Watch Mungkin Menambah Sokongan App Store Secara Terus Tanpa Perlu Bergantung Ke iPhone

Apple pada acara WWDC 2019 ini dijangka mengumumkan sejumlah perkara baru. Menyentuh mengenainya, kini pihak Bloomberg berkongsi sejumlah info awal berkenaan dengannya, termasuk berkaitan watchOS 6 yang bakal diumumkan.


Salah satu ciri baru yang dijangka akan ditambah adalah sokongan akses App Store terus pada Apple Watch, sekaligus memudahkan lagi pengguna memasang atau mengemaskini aplikasi pada jam tangan pintar masing-masing.

Ini juga bermakna pengguna tidak lagi memerlukan iPhone sepanjang masa untuk proses naik-taraf atau muat-turun aplikasi, dan boleh melakukannya terus pada jam tangan pintar.

Hal ini semestinya akan mengembirakan ramai pengguna Apple Watch seluruh dunia.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan bulan Jun ini untuk melihat sendiri apakah kejutan yang disediakan oleh Apple pada acara WWDC kelak.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.