Bersama-sama penyenaraian iPhone 8, dan iPhone X. Pihak Apple Malaysia turut telah mengemaskini halaman jualan mereka dan menyenaraikan jam tangan pintar terbaru, Apple Watch Series 3 dan juga Apple Watch Nike+.

Kedua-dua jam tangan pintar ini boleh ditempah melalui laman jualan Apple bermula 20 Oktober 2017 ini.

Apple Watch Series 3

Apple Watch Series 3 menawarkan sejumlah penambah-baikkan, termasuk sensor yang ditambah-baik untuk memantau aktiviti kecergasan, serta sokongan altimeter. Ia juga memudahkan anda kekal berhubung dengan yang lain melalui kemudahan menjawab panggilan dan sebagainya – selain aplikasi khusus yang ditambah-baik berbanding versi sebelum ini.

Apple Watch Series 3 ditawarkan pada harga bermula RM1549 untuk tali 32mm, dan berharga bermula RM1699 untuk tali 42mm. Harga yang sama juga ditawarkan untuk jam tangan Apple Watch Nike+.

Disamping itu, Apple Watch Series 1 masih kekal dijual pada harga bermula RM1149, sementara jualan Series 2 telah ditamatkan.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.