Apple Watch Series 4 Dinobatkan Antara Peranti Yang Mempunyai Skrin Terbaik Pada Tahun Lalu

Skrin pada Apple Watch Series 4 telah dinobatkan sebagai ‘Displays of the Year‘ menurut The Society for Information Display (SID). Ia diumumkan pada acara tahunan Anugerah Industri Paparan 2019 dengan memperlihatkan sejumlah produk dengan skrin terbaik.

Skrin peranti ini memenangi anugerah ini kerana ia mempunyai skrin OLED 30% lebih besar berbanding model terdahulu – tanpa perlu meningkatkan saiz peranti. Ia juga menggunakan teknologi skrin LTPO yang lebih efisien untuk ketahanan bateri yang lama.

Walaupun anugerah ini membawa penjenamaan 2019, ia sebenarnya merangkumi produk yang dikeluarkan pada tahun 2018. Pada tahun lalu, iPhone X dan iPad Pro telah memenangi anugerah ini.

Selain daripada peranti Apple, paparan modular microLED 8K daripada Samsung untuk “The Wall” turut memenangi anugerah ini. Sony juga membawa pulang anugerah ini melalui sistem paparan Crystal LED yang dikuasakan dengan teknologi microLED.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.