Apple Watch Series 5 Kini Boleh Didapati Di Malaysia – Termasuk Versi Selular

Apple Malaysia hari ini telah mula menawarkan jam tangan pintar terbaru mereka untuk pengguna tempatan, iaitu Apple Watch Series 5. Ia hadir dengan sejumlah ciri-ciri baru, termasuk menariknya, buat julung kalinya pihak Apple menawarkan versi selular untuk jam tangan pintar mereka secara rasmi di Malaysia.

Apple Watch Series 5 hadir dengan beberapa ciri-ciri baru, termasuk sokongan skrin yang sentiasa aktif, penggunaan WatchOS 6 dengan ciri-ciri baru, dan dengan integrasi selular, ia membolehkan pengguna untuk mengikuti pelbagai perkembangan serta kekal berhubung walaupun tanpa membawa telefon pintar mereka.

Di Malaysia, Apple Watch Series 5 versi GPS ditawarkan pada harga bermula RM1749, selain versi selular ditawarkan pada harga bermula RM2199. Apple juga turut menawarkan sokongan Apple Watch Studio bagi membolehkan anda menjadikan Apple Watch anda lebih unik khusus untuk citarasa anda.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.