Apple Watch Studio Boleh Digunakan Pengguna Tempatan Untuk Mengkustomasi Jam Tangan

Selari dengan penawaran Apple Watch 5 di Malaysia, pengguna tempatan juga kini boleh menggunakan fungsi Apple Watch Studio menerusi laman rasmi. Menerusi Apple Watch Studio, pengguna boleh melakukan kustomasi saiz tubuh, bahan binaan tubuh, tali dan jenis Apple Watch Series 5 yang ingin dimiliki.

Fungsi ini boleh diakses menerusi laman Apple Watch 5 tempatan bermula hari ini. Anda hanya perlu menekan butang Create your style yang dipaparkan. Secara teorinya sekitar seribu kombinasi Apple Watch 5 boleh dihasilkan menerusi Apple Watch Studio. Satu kekurangan stor Apple Malaysia ialah tiada pilihan untuk tubuh seramik dan titanium pada waktu ini. Seperti kami laporkan, di Malaysia Apple Watch Series 5 boleh dimiliki pada harga bermula RM1749 seutas.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.