Bila bercakap tentang taman tema, kita kerap akan mengaitkannya dengan tarikan roller-coaster. Biasanya taman tema ini ditemui di negara barat tetapi dengan pemerintahnya kini semakin terbuka, Arab Saudi juga mula berjinak-jinak untuk menjadi destinasi pelancongan terkemuka seperti UAE. Oleh itu sebuah taman tema akan dibuka di Riyadh dengan tarikan berkelas dunia.

Di Six Flags Qiddiya, roller coaster Falcon Flight akan dibuka. Apabila siap kelak ia akan memegang takhta sebagai roller coaster terpantas, terpanjang dan tertinggi dunia. Ia sepanjang 4 kilometer, mencecah ketinggian 160 meter dan bergerak pada kelajuan melebihi 250 km/j. Kelajuan yang tinggi ini dicapai menggunakan sistem pecutan magnet. Sebanyak 20 orang pelawat boleh menaiki Falcon Flight yang mengambil masa tiga minit dari awal hingga akhir.

Falcon Flight akan menjadi tarikan utama di Six Flag Qiddaya yang akan mempunyai 28 tarikan kesemuanya, enam zon tema berbeza dan luas kawasan 32 hektar.Sejak dasar negara menjadi semakin terbuka, Arab Saudi ingin mengubah imej negatif dunia terhadapnya. Beberapa projek mega telah diluluskan bagi menarik pelancong khususnya dari Barat.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.