TechSemut Malaysia

ARM Melancarkan CPU Cortex A76 ,GPU Mali G76 Dan VPU Mali V76

ARM Melancarkan CPU Cortex A76 ,GPU Mali G76 Dan VPU Mali V76

ARM Melancarkan CPU Cortex A76 ,GPU Mali G76 Dan VPU Mali V76
Jun 01
06:02 2018

Cip pemproses pada telefon pintar dan kini pada komputer riba menggunakan teknologi yang dihasilkan oleh ARM. Mereka telah mengumumkan CPU, GPU dan VPU baru mereka hari ini di acara Techday 2018 anjuran mereka.

Kita mulakan dahulu dengan CPU Cortex A76 yang memberikan peningkatan sehingga 35% berbanding Cortex A75 yang ditemui pada Snpadragon 845 tetapi mengurangkan penggunaan tenaga sehingga 40%. ARM menjanjikan kemampuan memproses sama seperti “kelas komputer riba” pada CPU ini. Ia juga dihasilkan menggunakan teknologi FinFET 7nm.

Seterusnya ialah GPU Mali G76 yang menjanjikan peningkatan 30% kuasa memproses dan 30% penjimatan kuasa berbanding Mali G72 yang digunakan pada Exynos 9810 dan Kirin 970. Ia juga menunjukkan peningkatan sehingga 2.7 kali untuk pembelajaran mesin.

Akhir sekali ialah VPU Mali V76 yang digunakan untuk memproses fungsi video pada peranti. Ia menyokong memainkan video pada tetapan 8K 60FPS atau menstrim kandungan 4K 60FPS. Ini juga bermakna ia boleh menstrim 16 kandungan 1080P serentak sekiranya perlu.

Kualiti video turut meningkat sehingga dua kali ganda walaupun saiz VPU ini dikecilkan sebanyak 40%. Ketiga-tiga CPU, GPU dan VPU ini pasti akan mendatangkan impak yang menarik di dalam dunia peranti mudah alih pada tahun 2019.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

<

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com