ASRock Memperkenalkan Kad Grafik AMD Radeon RX 5700 XT Taichi X

Siri ASRock Taichi biasanya dikaitkan dengan siri papan induk AMD dan Intel yang hadir dengan rekaan dan ciri-ciri premium khusus untuk mereka yang ingin membina komputer yang sangat berkuasa.

Terkini, ASRock telah memperkenalkan kad grafik terbaru mereka melalui kad grafik AMD Radeon RX 5700 XT yang dinamakan ASRock Radeon RX 5700 XT Taichi X, yang merupakan kad grafik siri Taichi pertama oleh mereka.

Selain daripada spesifikasi dalaman seperti cip pemprosesan grafik Navi AMD RX 5700 XT dan memori GDDR6 sebanyak 8GB, kad grafik ini juga hadir dengan kelajuan Boost Clock sepantas 2040MHz, lebih laju daripada kad grafik rekaan asas RX 5700 XT.

Dari segi pilihan palam I/O pula, kad grafik ini hadir dengan empat palam DisplayPort dan dua palam HDMI.

Ciri-ciri lain termasuklah sokongan dwi-BIOS dan ciri kipas 0db yang tidak akan bergerak sehingga suhu GPU meningkat sehingga sesuatu tahap, dan juga sokongan untuk sistem pencahayaan ARGB yang boleh diubahsuai menggunakan perisian yang terbina.

Rekaan kad grafik Taichi X ini boleh dikatakan salah satu daripada kad-kad grafik yang paling cantik pernah kami lihat. Ia hadir dengan tiga kipas penyejuk, dimana kipas bahagian tengahnya mempunyai lampu ARGB, dan dibelakangnya pula hadir dengan plat belakang yang diperbuat daripada besi yang akan memastikan bahawa kad grafik ini tidak mengalami masalah lenturan.

Buat masa ini, pihak ASUS Malaysia masih lagi mengacahkan sahaja butiran mengenai kad grafik ini, dan belum mengumumkan lagi jika mereka akan membawa kad grafik ini masuk ke pasaran tempatan.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.