TechSemut Malaysia

Aston Martin Memperlihatkan Rekaan Kenderaan Terbang Volante Vision Concept

Aston Martin Memperlihatkan Rekaan Kenderaan Terbang Volante Vision Concept

Aston Martin Memperlihatkan Rekaan Kenderaan Terbang Volante Vision Concept
Julai 17
17:51 2018

Kenderaan terbang sepatutnya sudah wujud mengikut ramalan Back To The Future II. Usaha untuk menjadikannya realiti hanya dipandang serius sejak lima tahun kebelakangan ini. Awal minggu ini Rolls Royce memperlihatkan konsep kenderaan terbang mereka. Hari ini pesaing mereka di dalam pasaran kenderaan mewah iaitu Aston Martin pul memperlihatkan rekaan kenderaan terbang mereka.

Volante Vision Concept direka untuk membawa tiga orang terbang dengan kemampuan terbang serta mendarat secara menegak. Berbeza dengan kenderaan terbang yang lain seperti Volocopter, Volante menggunakan sistem kuasa hibrid bagi memberikan jarak penerbangan yang lebih jauh. Enjin konvensional yang digunakan dihasilkan dengan kerjasama Roll Royce.

Sebuah kipas utama pada bahagian belakang memberikan tujahan ke atas dengan empat set kipas pada bahagian hadapan yang berputar ke hadapan untuk penerbangan mendatar. Volante Vision Concept akan diperlihatkan secara rasmi ketika pertunjukan udara Farnborough yang berlangsung sekarang hingga 22 Julai.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

<

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com