Berita Menarik

Astro Melancarkan NJOI Now – Perkhidmatan Penstriman Percuma Untuk Saluran Astro Terpilih

Pembaca : 12
0 0

Astro sedia menawarkan perkhidmatan siaran tv satelit percuma dinamakan NJOI, dimana melaluinya Astro menawarkan sejumlah kandungan percuma daripada beberapa saluran terpilih – selain membolehkan pengguna turut membuat pembelian beberapa saluran tambahan melalui penggunaan prabayar.

Kini, selain hanya menggunakan siaran berasaskan satelit, Astro turut telah melancarkan NJOI Now, iaitu menawarkan konsep sama, tetapi melalui aplikasi mudah-alih.

Astro NJOI Now

Menggunakan aplikasi berkenaan, sesiapa sahaja boleh mengakses kepada siaran beberapa saluran terpilih Astro secara percuma – seperti saluran Astro Prima, Astro Oasis, Astro AEC, Astro Vanavil, Go Shop, dan beberapa yang lain. Pengguna juga turut boleh membuat pembelian untuk mengakses beberapa kandungan khusus tambahan melalui aplikasi berkenaan, dan menikmatinya terus pada peranti mudah-alih anda.

Bagi anda yang berminat, dan ingin menikmati kandungan video pada peranti mudah-alih, anda mungkin boleh muat-turun aplikasi NJOI Now hari ini, dan mencubanya sendiri.

Muat-Turun NJOI Now untuk Android

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.