Astro Menawarkan Rebat Kepada Pelanggan Sports Pack Kerana Covid-19

Kerana koronavirus kesemua acara sukan telah dibatalkan. Tiada bola sepak, bola keranjang, bola lisut, golf, tenis, badminton dan renang. Bagi pelanggan Astro Sports Pack, ketiadaan acara sukan secara langsung ini membuatkan pakej ini terasa sedikit membazir. Oleh itu Astro mengumumkan rebat bil bernilai RM20 sebulan kepada pelanggan Sports Pack untuk bulan Jun dan Julai 2020.

Sebelum ini selepas mendengar rungutan pengguna, Astro memberikan akses tontonan kesemua saluran mereka secara percuma sehingga 30 April 2020. Penawaran tontonan percuma kesemua saluran ini masih diberikan kepada pelanggan Sports Pack ke suatu tarikh yang masih belum diumumkan. Kepada pelanggan pek lain pula, tontonan saluran Berita, Pembelajaran, Filem Asia dan Stay Home Concert ditawarkan percuma.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*