Semakin hari, Chrome OS menjadi semakin hebat. Perubahan Chrome OS mula dilihat menjadi semakin baik sejak Android mula diintegrasikan bersama-sama. Kemudian, setiap kemaskini Chrome OS mempunyai persamaan dengan Android yang terkini dan prestasi semakin pantas. Kemudian, sejak pandemik Covid-19 bermula – inisiatif pembelajaran dari rumah atau bekerja dari rumah mula menjadi ikutan. Disebabkan ini, jualan Chromebook meningkat sehingga 122% dan pengeluaran juga meningkat sehingga 109%.

Google turut menyediakan senarai aksesori terbaik yang boleh digunakan dengan Chromebook bagi memuaskan lagi pengalaman penggunaan. Tidak lupa juga yang Parallel kini rasmi, di mana perisian Windows boleh dijalankan pada Chromebook dengan lebih mudah. Terkini, Asus dilihat akan hadir dengan tablet Chromebook mampu milik bagi bersaing dengan Lenovo dan HP. Harga jualan masih tidak pasti, tetapi ia mungkin akan dijual pada harga sekitar RM1200.

Tablet ini adalah ASUS Chromebook Flip CM3000, berikut adalah spesifikasi yang tertiris;

Jenis Tablet
Skrin 10.5-inch 1920×1200 16:10 touch screen
320 nits and 118% sRGB color gamut
Cip Pemprosesan MediaTek MT8183
Memori 4GB RAM
Storan 128GB eMMC
Kamera Utama: 8MP
Swafoto: 2MP (1080p)
Sambungan Wi-Fi 5
Bluetooth 4.2
3.5mm bicu audio
Aksesori Papan Kekunci Boleh-Tanggal
Stilus
Bateri 27Wh 
Harga Anggaran Bawah RM1200

Tablet ini walaupun ingin dijual pada harga mampu milik, rekabentuknya adalah premium dan elegan. Ia menggunakan rekaan bersegi yang kemas, tampak kemas dan ada kelas. Tablet ini turut hadir dengan aksesori panel belakang (kerangka) yang mempunyai kemasan fabrik dan turut mempunyai kaki untuk tablet ini berdiri dengan sendiri. Selain itu sambungan pin magnetik turut terbina untuk papan kekunci boleh-tanggal yang dikatakan turut akan disediakan dalam pakej pembelian bersama-sama dengan stilus.

Skrin sebesar 10.5-inci dengan nisbah 16:10 dan panel LCD. Ia dijana dengan cip MediaTek tahun 2019 iaitu MT8183 dan dipadankan dengan memori 4GB RAM serta storan dalaman 128GB eMMC. Tidak pasti kenapa Asus tidak memilih cip MediaTek yang lebih terkini. Mungkin ingin menjimatkan kos? Terdapat kamera swafoto 2MP yang dioptimasikan dengan resolusi FHD untuk panggilan video serta kamera belakang 8MP. Bateri pula adalah 27Wh dan besar kemungkinan hadir dengan port USB-C.

Harapnya, Asus Malaysia akan bawakan tablet ini ke pasaran tempatan agar boleh digunakan untuk tujuan PdPR. Dengan penawaran produk ini secara rasmi, orang ramai boleh berhati-hati dengan tablet murah yang tiada pengiktirafan Google.

10 Tablet Pilihan Di Bawah RM1000 Untuk PdPR

Berhati-Hatilah Dengan Tablet Android Murah Di Pasaran

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.