TechSemut Malaysia

ASUS Hadir Dengan Kad Grafik ASUS Radeon RX 550 – Untuk PC Binaan Ruang Tamu

ASUS Hadir Dengan Kad Grafik ASUS Radeon RX 550 – Untuk PC Binaan Ruang Tamu

ASUS Hadir Dengan Kad Grafik ASUS Radeon RX 550 – Untuk PC Binaan Ruang Tamu
Mei 03
15:52 2017

Salah satu kad grafik terbaru daripada AMD, iaitu AMD Radeon RX 550 mendapat banyak perhatian kerana ia merupakan sebuah kad pengganti iGPU yang bukan sahaja hadir dengan harga yang murah, ia juga mampu bermain banyak permainan komputer, dan cukup kecil untuk muat di dalam cangkerang PC bersaiz kecil yang dibina untuk kegunaan di ruang tamu.

Terkini, ASUS baru sahaja mengumumkan variasi mereka tersendiri, iaitu ASUS Radeon RX 550, Kad grafik ini menggunakan GPU Polaris pada kelajuan 1100MHz, dan hadir dengan pilihan memori GDDR5 sebanyak 2GB ataupun 4GB. Kad ini tidak menggunakan sebarang palam kuasa PCIe, dan hanya akan mengambil kuasa melalui slot PCIe kad tersebut.

Dari segi port video, kad ini mempunyai satu port HDMI, satu port DVI Dual-Link dan satu DisplayPort dalam konfigurasi dua-slot. Spesifikasi kad ini tidak lari jauh daripada kad binaan asal daripada AMD, tetapi satu perbezaan yang ketara ialah penggunaan kipas penyejuk GPU ASUS yang mempunyai pengesahan IP5X, dimana ia kalis debu.

Menurut ASUS, kipas ini membolehkan kad grafik ini mampu bertahan 25 peratus lebih lama kerana habuk akan mengambil masa lebih lama untuk mendak di kawasan sesirip penyejuk GPU. Selain dari itu, kad grafik ASUS Radeon RX 550 ini juga akan hadir dengan beberapa perisian, termasuklah GPU Tweak II dan XSplit Gamecaster yang boleh digunakan untuk tujuan overclocking dan mengstrim permainan komputer anda ke servis penstriman seperti Twitch dan YouTube dengan mudah.

Di pasaran Malaysia, ASUS membawa masuk kad ASUS Radeon RX 550 dengan konfigurasi memori 4GB, dan ianya dijual di kedai-kedai komputer pada harga RM599.

Sumber : amanz.my

Label

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com