TechSemut Malaysia

Asus Malaysia Melancarkan Siri ZenBook Dan VivoBook Baru Untuk Pasaran Malaysia

Asus Malaysia Melancarkan Siri ZenBook Dan VivoBook Baru Untuk Pasaran Malaysia

Asus Malaysia Melancarkan Siri ZenBook Dan VivoBook Baru Untuk Pasaran Malaysia
Jun 16
10:11 2017

Seperti dijanjikan, hari ini pihak Asus telah mengadakan sebuah acara khusus di Malaysia, dan memperkenalkan sejumlah komputer riba baru yang telah diperkenalkan ketika acara Computex 2017 tempoh hari. Meliputinya adalah keluarga komputer riba ZenBook dan juga VivoBook.

Dibawah keluarga Asus VivoBook, dua komputer riba diperkenalkan, iaitu VivoBook S dan juga VivoBook Pro. VivoBook adalah komputer riba mampu-milik daripada Asus, hadir dengan spesifikasi tinggi, tetapi pada harga sedikit rendah.

Asus VivoBook S

Untuk VivoBook S, Asus menawarkan dua variasi, iaitu menggunakan cip Intel Core i7 dan storan 2TB + 128GB SSD pada harga RM3699, sementara variasi Intel Core i5 dengan 1TB HDD pada harga RM2899. Kedua-duanya turut dilengkapi skrin bersaiz 15.6-inci, memori 4GB RAM dan dilengkapi kad grafik NVIDIA GeForce 940MX.

Asus VivoBook Pro pula menggunakan skrin 15.6-inci, dilengkapi cip pemprosesan Intel Core i7/i5, memori sehingga 16GB RAM, ruangan storan 2TB + 512SSD, dan pilihan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1050. Asus VivoBook Pro dijual pada harga bermula RM4799.

Asus VivoBook Pro

Untuk keluarga Asus ZenBook pula, yang paling berharga adalah Asus ZenBook 3 Deluxe. Komputer riba ini hadir dengan skrin 14-inci dengan bingkai nipis “NanoEdge”, dilengkapi cip pemprosesan Intel Core i7, memori 16GB RAM, dan ruangan storan 1TB dalam bentuk SSD. Asus ZenBook 3 Deluxe ditawarkan pada harga RM8299.

Asus ZenBook 3 Deluxe

Asus ZenBook Pro pula hadir dengan skrin 15.6-inci dan menawarkan resolusi sehingga 4K serta bateri bertahan sehingga 14 jam. Melengkapkannya adalah cip Intel Core i7, dilengkapi kad grafik NVIDIA GTX 1050, memori sehingga 16GB RAM, dan ruangan storan 1TB dalam bentuk SSD. Komputer riba menyasarkan mereka yang bekerja diluar pejabat ini berharga RM7299 di Malaysia.

Asus ZenBook Pro

Dan akhir sekali, Asus ZenBook Flip S dengan rekaan boleh diputarkan 360-darjah pula akan dijual pada harga RM6699 di Malaysia. Komputer riba 13.3-inci ini pula hadir dengan cip Intel Core i7, memori sehingga 8GB RAM, dan ruangan storan 512GB SSD. Asus turut menyertakan sokongan Asus Pen bagi memudahkan catatan dan lakaran menggunakan skrin sentuh pada komputer riba ini.

Asus ZenBook Flip S

Asus dijangka akan memasarkan semua komputer riba ini secara berperingkat ke pasaran tempatan dalam minggu-minggu akan datang.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com