Selain daripada pihak Samsung, kini Asus Malaysia turut telah mengumumkan yang mana mereka akan menawarkan jaminan tambahan selama 30 hari untuk semua produk Asus di Malaysia.

Asus Jaminan Malaysia

Jaminan tambahan 30 hari ini adalah untuk produk-produk yang akan tamat tempoh jaminannya ketika Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula 18 Mac lepas, dan dijangka tamat pada 28 April kelak.

Langkah ini dilakukan pengeluar disebabkan oleh ketiadaan khidmat baik-pulih ketika tempoh ini, sekaligus membolehkan pengguna yang memiliki peranti atau peralatan yang menghadapi masalah untuk menebus jaminan mereka.

Jaminan tambahan 30 hari ini adalah bermula daripada hari tamatnya Perintah Kawalan Pergerakan kelak.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.