TechSemut Malaysia

ASUS Memperkenalkan Aksesori Gaming Baru Di Bawah Jenama Republic of Gamers

ASUS Memperkenalkan Aksesori Gaming Baru Di Bawah Jenama Republic of Gamers

ASUS Memperkenalkan Aksesori Gaming Baru Di Bawah Jenama Republic of Gamers
Jun 04
14:52 2018

Selain daripada pengumuman mengenai peranti-peranti baru seperti ROG Phone, STRIX SCAR II. HERO II dan sebagainya, ASUS juga membuat pengumuman mengenai siri aksesori gaming terbaru mereka dibawah jenama Republic of Gamers.

Aksesori-aksesori ini termasuklah fon kepala ASUS ROG Delta RGB Quad-DAC, pad tetikus ASUS ROG Balteus Qi dan tetikus gaming nirwayar ASUS ROG Gladius II.

Bermula dengan fon kepala Delta RGB Quad-DAC, ia dilengkapi dengan empat DAC ESS Sabre (Digital to Analog Converter) yang memberikan pengguna audio yang lebih kemas dan tepat berbanding dengan menggunakan satu sahaja DAC, sesuai sekali jika anda bermain permainan komputer seperti Counter-Strike Global Offensive yang memerlukan pengesanan posisi audio yang tepat.

Ia juga menggunakan driver audio ASUS Essence yang juga memberikan pengguna kualiti audio yang tinggi, di samping bass yang cukup berkuasa sekali. Fon kepala ROG Delta RGB ini menggunakan palam USB Type-C yang juga hadir dengan adapter kepada USB 2.0 untuk membolehkan semua pengguna tidak kira platform untuk menggunakannya dengan mudah.

Tetikus ASUS ROG Gladius II ialah pengganti kepada tetikus ASUS ROG Gladius yang hadir sebelum ini. Tetikus Gladius II hadir dengan sokongan nirwayar, dan boleh disambungkan kepada komputer melalui sambungan Bluetooth dengan sela-masa serendah 1ms. Tetikus ini juga dilengkapi dengan sensor optikal yang membolehkan tetikus ini digerakkan selaju 16,000 dpi.

Gladius II ini juga hadir dengan ciri dimana anda boleh mengubah sambungan kepada pelbagai peranti lain dengan hanya menekan satu butang. Untuk mereka yang sering menukar tetikus kerana cara permainan yang agresif, suis-suis tetikus ini juga boleh dibuka dan diubah dengan mudah untuk mengikut kesesuaian cara permainan anda.

Pad tetikus ASUS ROG Balteus Qi pula ialah pad tetikus yang hadir dengan sokongan untuk teknologi pengecasan Qi yang membolehkan anda mengecas pelbagai jenis peranti seperti telefon pintar dan sebagainya yang menyokong teknologi pengecasan tersebut.

Dalam pada itu, ia juga dilengkapi dengan lampu LED RGB yang boleh diubahsuai di 15 zon yang berbeza melalui perisian Aura Sync. Malah, kesemua aksesori-aksesori ini hadir dengan sokongan untuk sistem penyalaan RGB Aura Sync ini untuk memudahkan anda menyelarikan lampu-lampu RGB ini pada masa yang sama.

Kesemua aksesori-aksesori gaming ini akan hadir di pasaran antarabangsa pada suku ketiga 2018 untuk harga yang akan ditetapkan kelak.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

<

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com