TechSemut Malaysia

ASUS Memperkenalkan ASUS ROG STRIX SCAR II Dan HERO II – Penaiktarafan Pengalaman Permainan E-Sukan

ASUS Memperkenalkan ASUS ROG STRIX SCAR II Dan HERO II – Penaiktarafan Pengalaman Permainan E-Sukan

ASUS Memperkenalkan ASUS ROG STRIX SCAR II Dan HERO II – Penaiktarafan Pengalaman Permainan E-Sukan
Jun 04
14:52 2018

Aktiviti e-sukan boleh dikatakan telah menjadi sangat popular kebelakangan ini, dengan pelbagai jenama pembuat komputer dan aksesori hadir dengan peranti-peranti mereka sendiri untuk memastikan mereka kekal relevan dengan pasaran gaming semasa.

ASUS, di acara pengumuman Republic of Gamers mereka di Taipei bersempana Computex telah memperlihatkan generasi kedua siri laptop gaming e-sukan mereka, ASUS ROG STRIX Scar II dan STRIX Hero II yang dibina khusus untuk genre permainan komputer First Person Shooter (FPS) dan juga Multiplayer Online Battle Arena (MOBA).

Kedua-dua laptop ini hadir dengan spesifikasi dalaman yang hampir serupa, ini termasuklah penggunaan paparan skrin bersaiz 15.6 inci dengan rekaan hampir nirbingkai pada resolusi Full HD 1920×1080. Pengguna juga mempunyai pilihan untuk menggunakan paparan dengan kadar segar semula 144Hz ataupun 60Hz sahaja.

Menguasakan kedua-dua laptop ASUS ROG STRIX SCAR II dan Hero II ini ialah siri CPU Intel generasi kelapan Coffee Lake, termasuklah CPU Intel Core i7-8750H dan juga Intel Core i5-8300H, sokongan untuk memori DDR4 sehingga 32GB, storan SSD PCIe NVMe sehingga 512GB, dan juga pilihan untuk storan SSHD ataupun cakera keras 1TB.

Pilihan kad grafik merupakan salah satu daripada faktor pembezaan kedua-dua laptop ini. STRIX SCAR II hadir dengan pilihan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1060 6GB dan NVIDIA GeForce GTX 1070 8GB, manakala laptop STRIX HERO II pula hanya diberi pilihan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1060 6GB sahaja.

STRIX SCAR II dan HERO II ini juga hadir dengan sistem penyejukan HyperCool Pro, sistem kipas dan paip haba yang mengalirkan haba daripada komponen-komponen utama didalam laptop-laptop ini untuk memastikan prestasi yang hebat sepanjang waktu permainan anda.

Kedua-dua laptop ini juga hadir dengan beberapa rekaan unik untuk menunjukkan perbezaan diantara mereka, dan salah satu daripada contoh tersebut hadir melalui rekaan papan kekunci dimana SCAR II hadir dengan kekunci WASD yang diserlahkan, manakala HERO II pula memperlihatkan kekunci QWER diserlahkan, tepat dengan tujuan laptop-laptop ini dibina.

Menurut pihak ASUS, kedua-dua laptop ASUS ROG STRIX SCAR II dan STRIX HERO II ini akan hadir di pasaran dunia pada suku kedua 2018. Buat masa ini, tanda harga untuk kedua-dua laptop ini masih belum diumumkan lagi.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

<

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com