ASUS Memperkenalkan Komputer Desktop STRIX GL10CS – Dilengkapi CPU Intel Generasi Kelapan, Kad Grafik NVIDIA GTX 1060

ASUS baru-baru ini memperkenalkan komputer desktop gaming ASUS ROG STRIX GL12CX yang hadir dengan spesifikasi terkini seperti CPU Intel Core i9-9900K dan juga kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2080 Ti yang sangat berkuasa, dan sangat mahal.

Bagi mereka yang inginkan sebuah komputer yang masih berkuasa tetapi tidak mengosongkan akaun bank mereka, ASUS turut memperkenalkan sebuah lagi komputer gaming, iaitu ASUS ROG STRIX GL10CS. Ia hadir dengan rekaan kerangka luar yang hampir sama dengan komputer GL12CX, dan dilengkapi dengan sistem pencahayaan RGB Aura Sync dari ASUS.

Komputer STRIX GL10CS ini dilengkapi dengan pilihan CPU Intel Coffee Lake sehingga Core i7-8700, memori DDR4 sehingga 32GB, dan storan SSD PCIe 512GB dan cakera keras 1TB.

Dari segi pilihan kad grafik pula, pengguna boleh memilih kad grafik NVIDIA GeForce GTX sehingga model GTX 1060 6GB untuk menggerakkan permainan-permainan komputer popular hari ini seperti Overwatch, PUBG, DoTA 2 dan sebagainya.

Menurut pihak ASUS, komputer desktop ASUS ROG GL10CS ini akan tiba di pasaran dunia pada bulan Januari 2019 kelak.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.