Asus Memperkenalkan ZenGimbal – Gimbal Untuk Telefon Pintar

Asus sedia mempunyai beberapa penawaran aksesori dibawah siri “Zen”. Terbaru, mereka turut telah memperkenalkan Asus ZenGimbal – iaitu aksesori berupa sebuah gimbal untuk telefon pintar.

Melalui ZimGimbal, ia menjanjikan lebih kestabilan untuk rakaman video menggunakannya. Seperti gimbal lain, ia turut menawarkan beberapa mod rakaman yang khusus, termasuk rakaman dalam bentuk 360-darjah, serta bateri berkapasiti 3050mAh untuk penggunaan selama sehingga 10 jam lamanya.

Asus ZenGimbal turut hadir dengan rekaan kompak untuk memudahkannya dibawa dalam saku.

Buat masa ini, Asus ZenGimbal hanya diumumkan untuk pasaran China pada harga 1099 Yuan, iaitu sekitar RM671.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*