Asus Malaysia, selain memperkenalkan beberapa tablet mereka, mereka turut sama telah mengumumkan Padfone S untuk pasaran Malaysia, dan akan mula dijual bermula pertengahan bulan ini.

Berbeza dengan penawaran sebelum ini, Padfone S yang akan ditawarkan untuk pasaran Malaysia kelak akan dijual berasingan antara telefon dan juga Padfone Station-nya. Perkara ini mungkin kerana kurangnya permintaan untuk peranti yang digabungkan kedua-dua penawarannya ini.

DSC_0452

DSC_0455

Untuk pasaran Malaysia, Padfone S akan hadir dengan skrin bersaiz 5-inci, cip pemprosesan Snapdragon 801 2.3Ghz, memori sebanyak 2GB RAM, kamera belakang 13-megapixel, kamera hadapan 2-megapixel, dan dilengkapi dengan sokongan rangkaian 4G LTE.

Menariknya, harga jualannya agak mengejutkan, memandangkan peranti dengan Snapdragon 801 sering dijual pada harga mahal, sementara pihak Asus menawarkan peranti ini hanya pada harga RM899 di Malaysia.

Pihak Asus turut mengatakan akan menawarkan Padfone Station secara berasingan dalam lingkungan harga sekitar RM500.

 

SUMBER : AMANZ

By hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.