Asus Project Precog Diperlihatkan – Komputer Konsep Dengan Dwi-Skrin Dan AI

Bersama-sama pengumuman pelbagai peranti baru, Asus turut mengambil peluang untuk memperkenalkan sebuah komputer riba konsep mereka tersendiri, dinamakan Project Precog.

Melalui Project Precog, ia menawarkan komputer riba dengan dwi-skrin, selain turut dikatakan menyertakan sokongan kecerdasan buatan untuk beberapa pengoptimasian.

Asus Precog

Untuk skrin sendiri, pengguna boleh menggunakan ia dalam mod komputer riba, dimana skrin utama menjadi monitor dan skrin kedua menjadi papan kekunci. Selain itu, pengguna turut boleh membaringkan peranti dan mendatarkan skrin untuk menggunakan kedua-dua skrin serentah – terutamanya ketika memainkan permainan video.

Asus Precog

Pengguna turut boleh menggunakan skrin ini bersama papan kekunci fizikal yang dihubungkan melalui Bluetooth – sekaligus menjadikan ia sebagai sebuah desktop.

Dari segi sokongan kecerdasan buatan, Asus mengatakan ia akan lebih mengoptimasikan pengecasan bateri untuknya, selain turut memberikan beberapa cadangan ketika menyunting dokumen.

Walaupun dinamakan sebagai “konsep”, pihak Asus menyasarkan untuk memasarkannya secara komersial kepada umum dalam tahun hadapan.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.