TechSemut Malaysia

ASUS ROG B350-F – Papan Induk AMD Ryzen Dengan Spesifikasi Menarik

ASUS ROG B350-F – Papan Induk AMD Ryzen Dengan Spesifikasi Menarik

ASUS ROG B350-F – Papan Induk AMD Ryzen Dengan Spesifikasi Menarik
Mei 28
02:24 2017

Papan induk siri B350 AMD Ryzen merupakan sebuah siri papan induk yang cukup menarik bagi mereka yang mahu membina PC yang dikuasakan oleh AMD, tetapi tidak mahu membelanjakan terlalu banyak wang.

Papan induk ASUS ROG B350-F merupakan papan induk yang menggabungkan ciri-ciri yang cukup menarik bagi siri ini. Pertama, ia hadir dengan dua slot PCIe 3.0, dan walaupun ia tidak menyokong konfigurasi kad grafik NVIDIA SLI, anda boleh menggabungkan dua kad grafik AMD melalui CrossFireX.

Selain dari itu, ia juga hadir dengan satu slot SSD NVMe M.2 yang menyokong kelajuan 32Gbps, enam slot SATA 3.0 6Gbps, dan juga USB 3.1 Type-A, disamping penggunaan sistem audio ROG SupremeFX.

Bagi anda yang sukakan sistem penyalaan RGB, ia juga hadir dengan sokongan palam lampu RGB yang boleh mengawal jalur lampu RGB melalui perisian Aura Sync.

Buat masa ini, tanda harga dan tarikh pengeluaran untuk papan induk ini masih belum diketahui.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com