Asus ROG Phone 3 adalah salah sebuah peranti pintar memfokuskan permua yang paling dinanti-nantikan pada tahun ini. Selepas sekian lama berteka-teki mengenai ‘misteri’ tarikh pelancaran rasmi ROG Phone 3, Asus kini dalam diam-diam mendedahkan tarikh tersebut menerusi laman rasminya dan ia dijadualkan berlangsung pada 22 Julai ini.

Difahamkan, acara pelancaran ini bakal diadakan secara atas talian dan berlangsung serentak di tiga negara termasuk Taiwan, Milan dan New York. Asus juga sebelum ini mengesahkan bahawa mereka sekali lagi bekerjasama dengan Tencent pada ROG Phone 3 dan fokus kali ini tertumpu kepada prestasi perkakasan yang optimum. Seperti biasa, untuk ketahui penawaran lebih lanjut kita tunggu pelancaran rasmi kelak.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.