Asus telah mengesahkan bahawa mereka bakal melangkau penjenamaan untuk peranti ROG Phone yang seterusnya. Dikenali sebagai Asus ROG Phone 5, peranti pintar ini disahkan hadir secara rasmi pada 10 Mac kelak.

Perkara ini dikongsi oleh pihak Asus Global menerusi laman web rasmi mereka dan pelancaran ini akan berlangsung serentak di tiga negara termasuk – Taipei, Berlin dan New York. Dalam pada itu, Asus juga telah mengesahkan bahawa mereka sekali lagi bekerjasama dengan Tencent pada model kali ini – untuk penawaran edisi Tencent.

Menurut spekulasi awal, Asus ROG Phone 5 hadir dengan rekaan serba baharu namun masih mengekalkan elemen rekaan ROG. Ia juga dipercayai mempunyai skrin kedua pada panel belakang – yang didakwa bertujuan untuk paparan notifikasi, logo atau lain-lain. Seterusnya, ia juga dikhabarkan dilengkapi skrin AMOLED dengan kadar segar semula 144Hz, cip Snapdragon 888, kamera utama dengan sensor 64-Megapixel dan bateri 6000mAh.

Seperti biasa, segala penawaran lebih lanjut berkaitan peranti akan terjawab pada pelancaran rasmi kelak. Kekal dengan kami di Amanz untuk kemaskini berkaitan peranti ini.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.