Asus ROG Phone Bakal Hadir Ke Pasaran Malaysia Sekitar Suku Tahun Ketiga

Asus hari ini telah pun melancarkan telefon pintar mengkhususkan permua dibawah jenama Republic of Gamers, iaitu ASUS ROG Phone. Menyentuh mengenainya, pihak Asus Malaysia mengatakan peranti berkenaan akan memasuki pasaran tempatan dalam beberapa bulan lagi.

Asus ROG Phone hadir dengan skrin 6-inci AMOLED IPS dengan nisbah paparan 18:9, dilengkapi kadar segar semula 90Hz, cip Snapdragon 845, memori sehingga 8GB RAM, dan storan sehingga 512GB. Ia turut hadir dengan sokongan dwi-kamera gabungan 12MP + 8MP di belakang, selain 8MP di hadapan. Dari segi rekaan, ia turut menyertakan beberapa elemen daripada ROG pada telefon pintar ini.

Asus dijangka membawa masuknya ke pasaran tempatan sekitar suku ketiga 2018 ini, bersama-sama dengan Asus Zenfone 5z. Namun, terdapat kemungkinan yang mana peranti ini ditawarkan dalam kuantiti terhad untuk peringkat permulaan.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.