Asus ROG Phone Dijangka Dilancarkan Di Malaysia Pada Penghujung Bulan Oktober Ini

Asus sebelum ini telah menangguhkan pelancaran Asus ROG Phone beberapa kali, dan kini menurut beberapa sumber, Asus dijangka melancarkan telefon pintar memfokuskan permainan video berkenaan pada penghujung bulan Oktober ini.

Mengikut desas-desus yang kendengaran, Asus Malaysia dikatakan menjadualkan pelancaran peranti ini pada minggu 22 Oktober.

Asus ROG Phone merupakan telefon pintar memfokuskan permua, dimana ia hadir dengan skrin 6-inci dilengkapi kadar segar semula 90Hz, dijana Snapdragon 845, memori sehingga 8GB RAM, dan pilihan storan sehingga 512GB. Ia tidak diketahui lagi variasi storan apakah yang bakal dilancarkan di Malaysia.

Kita mungkin mendengar lanjut daripada Asus berkenaan pengenalan peranti baru ini dalam minggu-minggu akan datang.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.