Apabila bercakap mengenai siri komponen ataupun komputer riba The Ultimate Force keluaran ASUS, ia biasanya boleh dikatakan versi lebih “mampu milik” komputer-komputer riba gaming ASUS yang lain.

Di acara pelancaran produk ASUS baru-baru ini, mereka telah memperkenalkan sebuah model TUF Gaming baru dengan ASUS TUF Dash F15, iaitu komputer riba gaming nipis dan berkuasa yang pertama didalam siri tersebut.

ASUS TUF Dash F15 ini hadir dengan ketebalan 19.9mm dengan berat 2kg sahaja, dan dikuasakan oleh pilihan CPU Intel Tiger Lake-H sehingga model Intel Core i7, mempunyai sokongan memori DDR4 sehingga 32GB dan storan NVMe PCIe yang cukup pantas.

Dari segi pilihan GPU, ASUS mengatakan bahawa komputer riba ini hanya hadir dengan pilihan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3070, dan ia akan dipadankan dengan paparan 15.6 inci dengan resolusi Full HD dengan pilihan kadar segar semula 240Hz ataupun 144Hz.

Dengan rekaan yang lebih nipis ini, TUF Dash F15 ini juga hadir dengan sistem penyejukan baru yang lebih efisyen dimana dua kipas penyejuk mengalirkan haba daripada permukaan bongkah penyejukan keluar dari belakang komputer riba, dan juga sistem pembersihan dalaman yang akan diaktifkan secara automatik apabila komputer riba dihidupkan.

Dalam pada itu ASUS juga menjanjikan jangkahayat bateri selama 16.5 jam apabila digunakan secara biasa, dan pengecas 200W yang menjanjikan pengecasan semula yang pantas.

ASUS mengatakan bahawa komputer riba ini akan tiba ke pasaran-pasaran terpilih pada suku pertama tahun ini, dimana tanda harganya akan diumumkan kelak.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.