TechSemut Malaysia

Asus ZenBook Flip S Diperkenalkan Dengan Skrin 4K Dan Rekaan Nipis

Asus ZenBook Flip S Diperkenalkan Dengan Skrin 4K Dan Rekaan Nipis

Asus ZenBook Flip S Diperkenalkan Dengan Skrin 4K Dan Rekaan Nipis
Mei 29
09:03 2017

Asus hari ini memulakan acara Computex 2017 mereka dengan mengumumkan sejumlah peranti baru. Memulakan pengumumannya adalah pengenalan komputer riba dengan skrin boleh-putar 360-darjah, dinamakan sebagai Asus ZenBook Flip S.

Asus ZenBook Flip S

Asus ZenBook Flip S

Komputer riba ini hadir dengan skrin ebrsaiz 13.3-inci, dilengkapi dengan skrin sentuh pada resolusi mencapai 4K. Asus menggunakan rekaan engsel kompak untuk membolehkan ia diputarkan 360-darjah dengan baik. Asus turut menekankan yang mana komputer riba mereka lebih ringan dan nipis berbanding beberapa pesaing lain, termasuk HP Spectre x360.

Asus ZenBook Flip S ini dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel Core i7-7500, menjalankan sistem operasi Windows 10, dan turut menyokong input berasaskan stylus melalui Asus Pen. Asus turut menggunakan rekaan bingkai skrin yang nipis, dipanggil Asus sebagai NanoEdge. Asus turut menyertakan storan sehingga 1TB bersama-sama komputer riba ini. Ciri-ciri popular lain seperti integrasi pengimbas cap jari turut disertakan, termasuk integrasi teknologi audio Harman Kardon.

Asus ZenBook Flip S

Asus ZenBook Flip S

Asus ZenBook Flip S

Komputer riba Asus ZenBook Flip S ini akan hadir pada harga USD$1099, iaitu sekitar RM4690. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada Asus Malaysia akan membawa masuknya ataupun sebaliknya.

Asus ZenBook Flip S

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com