TechSemut Malaysia

Asus ZenBook Flip S Diperkenalkan Di Computex

Asus ZenBook Flip S Diperkenalkan Di Computex

Asus ZenBook Flip S Diperkenalkan Di Computex
Mei 30
10:11 2017

Asus telah mendakwa ia telah mencipta laptop boleh ubah paling nipis di dunia dengan pengenalan Asus ZenBook Flip S di acara Computex di Taipei baru-baru ini. Dengan ketebalan 10.9mm dan berat 1.1kg, ia mengalahkan MacBook 12 inci dari segi saiz dan berat.

Asus ZenBook Flip S

Asus ZenBook Flip S Diperkenalkan Di Computex

Bagi mencapai saiz dan berat ZenBook Flip S, ia mengguna pakai rekabentuk engsel khas yang diperbuat daripada aloi besi dan berukuran hanya 3.9mm tebal. Mekanisma ini dikatakan mampu bertahan penggunannya membuka dan menutupnya sebanyak sekurang-kurangnya 20,000 kali. Badannya pula diperbuat daripada aluminium bergred aero angkasa dan sebagai sistem penyejukkan, Asus telah memilih sistem penyejukkan ultra nipis vapor-chamber.

Satu lagi ciri penting laptop ini ialah skrin 13.3 inci nano edge 4K UHD yang menampilkan bingkai ultra nipis, berukuran hanya 6.11mm. Dengan kebolehan touchscreen, ia menyokong Windows Ink dan berfungsi bersama Asus Pen yang menawarkan 1,024 tahap kejituan di samping mengesan tekanan dari 10 hingga 300 gram. Windows Hello disokong sepenuhnya dengan adanya pengimbas cap jari.

Ciri Modern Standby digabungkan dengan Instant Resume memperlihatkan laptop ini bangun tiga kali lebih pantas dari laptop lain. Ini juga dibolehkan oleh spesifikasi berkuasanya termasuk pemproses Intel Core i7 CPUs dengan sehingga 1TB PCIe SSDs dan 16GB DDR4 RAM.

Asus ZenBook Flip S bakal dijual pada harga USD 1,099 namun Asus tidak menyebut bila ia akan mula dijual.

Asus ZenBook 3 Deluxe

Asus ZenBook 3 Deluxe digelar Asus sebagai laptop paling berprestij di dunia. Berukuran 12.9mm dan seberat hanya 1.1kg, laptop ini merupakan sebuah laptop ringan dan nipis bagi sebuah laptop 14 dalam badan 13 inci. Ini dibolehkan hasil penggunaan badan diperbuat daripada aluminium bergred aero angkasa.

Laptop ini turut menampilkan lapisan 0.55mm Gorilla Glass 5 bagi melindungi skrinnya. Ia boleh dikonfigurasikan kepada sehingga pemproses Intel Core i7, 1TB PCIe SSD dan 16GB RAM. Jika anda mahu lebih kuasa grafik, ia boleh disambungkan kepada solusi GPU luaran Asus, iaitu XG Station 2.

Ia juga dilengkapi touchpad diliputi kaca dan keyboard dengan lampu latatbelakang serta menampilkan 3 speaker dengan teknologi Harmon Kardon Smart Amp untuk bunyi 3 kali lebih kuat dari laptop biasa. Ia bakal dijual pada ahrga USD 1,199, namun tidak disebut bila ia akan mula dijual.

Asus ZenBook Pro

Asus ZenBook Pro mempertingkatkan lagi kuasanya dengan dilengkapi kad grafik Nvidia GTX 1050 Ti dan pemproses Intel Core i7 H-series dengan 4 teras. Ia juga boleh dinaiktaraf dengan SSD x4 PCIe 1 TB dan 16GB DDR4 RAM. Sungguhpun begitu ia masih lagi mengekalkan saiz dan berat relatif yang kecil dan ringan. Ia berukuran 18.9mm tebal dan seberat 1.8kg. Skrin nano-edge 15.6 inci 4K padanya juga suatu yang menakjubkan.

ZenBook Pro juga mempunyai jangkahayat bateri 14 jam hasil penggunaan bateri 73WHr dan boleh dicas semula kepada 60% dalam masa 49 minit. Ia juga dilengkapi 4 speaker dengan bunyi 2.5 kali lebih kuat respon frekuensi 1.6 kali lebih luas berbanding lapotop biasa. Harganya bermula pada USD1,299.

Asus VivoBook S

Di samping laptop-laptop yang diumumkan, Asus turut memperkenalkan Asus Vivobook S, sebuah laptop 15.6 inci deilengkapi pemproses Intel Core i7, Nvidia GeForce 940MX, serta boleh dipertingkatkan dengan 2TB HDD atau 512GB SSD dan 16GB RAM. Casisnya berukuran 17.9mm dan seberat hanya 1.5kg. Nisbah skrin kepada badannya juga agak tinggi pada 80% hasil bingkai senipis 7.8mm. Harga model 15 inci bermula pada USD499.

Terdapat juga model yang lebih berkuasa, Asus VivoBook Pro yang dilengkapi pemproses Intel Core i7 H-series, Nvidia GTX 1050 yang dilengkapi dua kipas di samping 16GB RAM, memori Intel Optane, 2TB HDD dan 512GB SSD. Sebagai tambahan, skrin 4K UHD 15.6 inci padanya yang boleh memaparkan 100% warna gamut RGB. Harganya bermula dari USD799.

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com