Asus ZenBook Pro Menggunakan Skrin Sentuh Untuk Touchpad, Dilengkapi Intel Core i9

Siri komputer riba ASUS ZenBook boleh dikatakan diantara siri laptop paling premium di dalam kategori laptop ringan dan nipis yang menggunakan sistem operasi Microsoft Windows.

Hari ini, di acara pengumuman ASUS Unleash Your Creative Power, ASUS dilihat mengumumkan siri laptop ASUS ZenBook Pro terbaru yang hadir dengan cip pemprosesan Intel generasi kelapan Coffee Lake, disamping beberapa ciri-ciri yang menarik seperti ScreenPad yang akan mengubah cara anda menggunakan bahagian touchpad sesebuah laptop.

Siri laptop ASUS ZenBook Pro ini hadir dengan dua model, iaitu sebuah model paparan bersaiz 14 inci pada resolusi Full HD, dan juga model bersaiz 15 inci dengan resolusi 4K. Kesemua paparan skrin ini hadir dengan nilai Delta E kurang dari 3.0, dan mempunyai rekaan hampir nirbingkai yang memaksimakan penggunaan ruang paparan.

Model ZenBook Pro 14 inci hadir dengan pilihan CPU Intel Core i7 ataupun Core i5 generasi kelapan Coffee Lake, memori DDR4 sehingga 16GB dan storan SSD PCIe sebesar 512GB dan juga storan cakera keras sehingga 1TB bersama-sama dengan sokongan Intel Optane.

ZenBook Pro 15 pula hadir dengan tiga pilihan CPU, termasuklah Intel Core i5-8300H, Intel Core i7-8750H dan Intel Core i9-8950HK. Memori DDR4 sehingga 16GB disokong oleh model ini, manakala dari segi storan pula ia dilengkapi dengan storan SSD PCIe sebesar 512GB dan 1TB dan juga storan cakera keras sebesar 512GB dan 1TB juga.

Dalam pada itu, kedua-dua model laptop ZenBook Pro ini juga hadir dengan ciri ScreenPad, dimana bahagian trackpad laptop ini dijadikan paparan skrin sekunder menggunakan panel IPS yang boleh digunakan sebagai pembantu digital, bergantung kepada perisian yang anda gunakan.

Paparan ScreenPad ini juga boleh melanjutkan paparan laptop anda, membolehkan anda menonton sesuatu pada paparan kecil tersebut sambil melakukan kerja pada paparan utama anda.

Pengguna juga boleh melawat kedai aplikasi atas talian Windows Store untuk memuat turun pelbagai jenis aplikasi untuk ScreenPad ini. Ini adalah contoh aplikasi-aplikasi yang akan hadir apabila ASUS ZenBook Pro ini dilancarkan kelak:

  • ScreenPad Toolbar
  • ScreenPad Launcher
  • ScreenPad Office (Word/Excel/PowerPoint)
  • ScreenPad Numkey
  • ScreenPad Calendar
  • ScreenPad Music Player
  • ScreenPad Online Video player
  • ScreenPad Calculator
  • ScreenPad for Spotify

Menurut jurucakap ASUS, siri laptop ASUS ZenBook Pro ini akan hadir di pasaran antarabangsa pada bulan Julai 2018 kelak. Untuk ASUS ZenBook Pro 15, harga peranti ini ditetapkan pada $1299 hingga $2299, manakala ASUS ZenBook Pro pula akan dijual pada harga bermula dari $949 sehingga $1499.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.