Asus Zenfone Max (M2) Dan Zenfone Max Pro (M2) Melepasi Pengesahan Di Russia

Asus mempunyai beberapa penawaran keluarga peranti mudah-alih, dan salah satunya adalah siri Zenfone Max. Selepas populariti pengenalan Zenfone Max sebelum ini, kini Asus dilihat dalam persediaan untuk pelancaran dua telefon pintar baru, iaitu Zenfone Max (M2) dan juga Zenfone Max Pro (M2) tidak lama lagi.

Kedua-dua peranti ini telah pun melepasi pengesahan di pihak berkuasa Russia, sekaligus memperlihatkan penggunaan angka versi peranti ZB633KL dan juga ZB631KL.

Melalui dokumen pengesahan di Russia, ia juga kelihatan kedua-dua telefon pintar baru ini hadir dengan sistem operasi Android Oreo – namun ia mungkin berubah sebelum ia dilancarkan kelak.

Info lanjut mengenai kedua-dua telefon pintar ini masih tidak diketahui lagi. Mungkin kita akan mendengar lanjut mengenai kedua-dua peranti ini tidak lama lagi.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.